phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BIL 1/2026 BAGI KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT DRAF AWAL

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗜𝗟𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟰𝟬 (𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗥𝗔𝗙 𝗔𝗪𝗔𝗟

IPOH, 12 hingga 13 Februari 2026 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil1/2026 Bagi Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) Peringkat Draf Awal telah berlangsung di Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari ini membincangkan Laporan Draf Awal RS Negeri Perak 2040 (Kajian Semula) yang mengandungi cadangan matlamat, konsep pembangunan negeri, dasar strategik negeri, strategi pelaksanaan, inisiatif pelaksanaan, cadangan projek berimpak tinggi, aspek pengukuhan ekonomi dan pengurusan sumber berasaskan penemuan daripada Laporan Tinjauan serta maklum balas yang diperolehi melalui sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil UPEN Negeri, wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. Mesyuarat juga turut dihadiri Pejabat Projek Zon Tengah selaku Pengurus Projek dan Pasukan Perunding Peers Consult (M) Sdn. Bhd.

#PerakSejahtera2030

#PLANMalaysia

#planmalaysiaperak

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

Threads: https://www.threads.net/@planmalaysia_perak

fbigyttt