phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

TELUK INTAN

Nama Teluk Mak Intan diambil dari pedagang yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Kredit info : PTG Perak

Selain menyusuri sungai ,kita juga boleh pelajari mengenai sejarah dan habitat burung yang ada di sepanjang sungai Perak itu nanti ..Macam2 ada di sini kome ! Moh booking cepat.

#VM2026 #rivercruisetelukintan #MLR4Traveller #pitstoproute58telukintan #jalan2makanangin

fbigyttt