phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

PENYERTAAN DI MIP SEMINAR PLOT RATIO - THE PLOT RATIO AS A MODERN URBAN PLANNING INSTRUMENT: EVOLUTION, APPLICATIONS AND FUTURE RELEVANCE FOR MALAYSIA'S METROPOLITAN DEVELOPEMENT

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐈𝐏 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐑𝐚𝐭𝐢𝐨 - 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐑𝐚𝐭𝐢𝐨 𝐚𝐬 𝐚 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐫𝐧 𝐔𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧𝐭: 𝐄𝐯𝐨𝐥𝐮𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐀𝐩𝐩𝐥𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚’𝐬 𝐌𝐞𝐭𝐫𝐨𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭

𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫, 𝟏𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bahagian Penyelidikan danPembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah dijemput bagi sesi pembentangan dan panelis di MIP Seminar Plot Ratio yang diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Ucapan pembukaan oleh Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan majlis pembukaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Lo Su Fui, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Encik Muhammad Anwar Bin Ramli telah mewakili Jabatan bagi membentangkan kertas kerja bertajuk Towards a National Plot Ratio Framework – Policy Direction, Legal Reform and Spatial Integration dan turut menyertai sesi panelis bertajuk Plot Ratio as a Shared Urban Governance Challenge: Aligning National Policy, Planning Practice and Industry Perspectives.

Beliau berpandangan bahawa, nisbah plot tidak lagi boleh dilihat sebagai kawalan teknikal semata-mata, tetapi perlu diangkat sebagai instrumen strategik tadbir urus bandar di peringkat nasional. Gesaan utama pembentangan ini ialah supaya intensiti pembangunan dirancang secara berhierarki, disandarkan kepada kebolehcapaian, kapasiti infrastruktur, fungsi bandar dan sensitiviti alam sekitar. Dengan ini, nisbah plot dapat diterjemahkan secara lebih berkesan daripada Rancangan Fizikal Negara ke Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dan seterusnya ke peringkat kebenaran merancang. Akhirnya, isu ini bukan tentang membina lebih tinggi, tetapi tentang membina dengan lebih bijak, lebih adil dan lebih berdaya tahan. Jika kita bersedia menyemak semula pendekatan sedia ada dan mengemukakan cadangan yang lebih munasabah serta berpandangan jauh, nisbah plot boleh menjadi salah satu alat paling berkesan untuk membentuk masa depan bandar Malaysia yang mampan dan terurus dengan baik.

TPr Alias Rameli

KPKT Malaysia

PLANMalaysia

Malaysian Institute of Planners

#MalaysiaMADANI #StrongerTogether #DemiPertiwi #BPPlanMalaysia #RnD2026

fbigyttt