phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

LAWATAN TEKNIKAL : INISIATIF BANDAR PINTAR (SMART CITY) KUCHING, SARAWAK

𝗟𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹: 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗣𝗶𝗻𝘁𝗮𝗿 (𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗖𝗶𝘁𝘆)

𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴, 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 | 𝟭𝟱 – 𝟭𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱

KUCHING, 17 November — Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah melaksanakan Lawatan Teknikal berkaitan Inisiatif Bandar Pintar (Smart City) ke Kuching, Sarawak daripada 15 hingga 18 November 2025. Program ini diketuai oleh YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bersama 30 orang pegawai.

Lawatan ini memberi fokus kepada pelaksanaan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching (2021–2025) sebagai rujukan dalam memperkukuh penggunaan teknologi digital, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan mengoptimumkan tadbir urus bandar berasaskan data.

Delegasi turut menerima taklimat daripada Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak oleh YBrs. TPr Wan Sufian bin Wan Mustapha mengenai pembangunan eQP dan operasi eSPA (Electronic State Planning Authority System). Sistem ini menjadi platform perancangan pembangunan digital negeri yang merangkumi permohonan kebenaran merancang secara dalam talian, pengendorsan digital, pendaftaran profesional perancangan serta pangkalan data guna tanah perancangan yang komprehensif.

Selain sesi taklimat, lawatan teknikal turut diadakan dengan membawa delegasi meninjau pelaksanaan komponen bandar pintar di Kuching Waterfront, termasuk sistem keselamatan pintar, lampu jalan pintar, pengurusan ruang awam bersepadu dan aplikasi Smart Tourism. Lawatan ke Kampung Budaya Sarawak juga turut mempamerkan bagaimana teknologi digital dan interpretasi interaktif dimanfaatkan bagi memperkukuh pelancongan pintar serta penyampaian maklumat budaya.

Semoga usaha yang dilaksanakan menjadi tinta perjuangan berterusan kedua-dua jabatan memartabatkan penggunaan teknologi ke arah sistem penyampaian kerajaan yang lebih cemerlang.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

fbigyttt