𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞)
IPOH, 14 November 2025- Jabatan Perancangan Banda dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Kaunter untuk Warga PLANMalaysia Perak, yang dikendalikan oleh Encik Hafiz Mustapha daripada Cute Carry.
Sesi latihan ini memberi pendedahan mendalam tentang:
Teknik komunikasi berkesan di kaunter
Pengurusan emosi ketika berhadapan dengan pelanggan
Etika penampilan dan imej pegawai Kaunter
Kepentingan “first impression” dalam perkhidmatan awam
Kaedah penyampaian maklumat dengan jelas, tepat dan mesra
Pengisian kursus yang interaktif dan penuh contoh situasi sebenar memberi pemahaman yang lebih menyeluruh kepada para peserta untuk meningkatkan profesionalisme serta mutu perkhidmatan di kaunter.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian dan seterusnya memberi nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan PLANMalaysia Perak kepada masyarakat.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





