𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 (𝗝𝗣𝗣) 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗟. 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 3 September 2025 - TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mempengerusikan Mesyuarat JPP PLANMalaysia Perak Bil. 3/2025 di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Aras 3, PLANMalaysia Perak.
YBrs. Tuan Pengarah dalam perutusannya telah merakamkan ucapan penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan semua lapisan kakitangan jabatan yang komited dalam menjayakan tugas-tugas dan program - program Jabatan.
YBrs. Pengarah telah menyampaikan beberapa perkara yang telah di bangkitkan di peringkat Negeri dan Persekutuan. Di antaranya adalah Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Perak 2040, MPFN, Penerimapakaian Garispanduan Perancangan di Negeri Perak dan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2025 peringkat Negeri Perak.
Kepentingan Mesyuarat JPP dalam merancang, memantau dan menentukan halatuju strategik jabatan selaras dengan Agenda Perak Sejahtera 2030.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/