𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗗𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗹𝗶-𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗥𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱-𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗶 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗮 𝟭𝟵𝟳𝟲 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟳𝟮).
IPOH, 7 Julai 2025 – YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Lembaga Rayuan Perak di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi Dan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan Negeri Perak Bagi Sesi 2025-2026. Majlis ini berlangsung di Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
PLANMalaysia Perak merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Lembaga Rayuan Perak Sesi 2025-2026 yang telah dilantik iaitu:-
1. En. Ahmad Yani bin Aminuddin, Pengerusi
2. En. Lim Fang Say, Timbalan Pengerusi
3. En. Danial Rahman bin Yang Razali, Ahli
4. En. Tun Mohamad Amar bin Aziz, Ahli
5. Pn. Ooi Siok Hoon, Ahli
6. Tn. Hj. Anaspekri bin Mahiddin, Ahli
Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali atau tribunal yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) untuk mendengar rayuan daripada pihak yang terkilan dengan keputusan PBPT terhadap sesuatu keputusan perancangan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perak berharap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh berintegriti, akauntabiliti dan profesionalisme.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/