𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗠𝘂𝗿𝗻𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 “𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗼𝗿𝗶, 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗟𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶” 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸
IPOH, 13 Jun 2025 -Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Encik Ahmad Fadli bin Zahid dengan dihadiri seramai 85 warga PLANMalaysia Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak. Turut hadir TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, Puan Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Bahagian PLANMalaysia Perak.
Disusuli dengan Majlis “Bersama Mencipta Memori, Berpisah Membina Legasi” PLANMalaysia Perak bersempena pertukaran Puan Rosmiyani binti Che Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Rancangan Pembangunan, Geospatial dan ICT ke Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), PLANMalaysia dan Cik Manisah binti Mat Yaakob, Penolong Pengarah, Bahagian Korporat, PLANMalaysia Perak ke Unit Penyelarasan Projek, PLANMalaysia berkuatkuasa pada 16 Jun 2025.
PLANMalaysia Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rosmiyani binti Che Harun dan Cik Manisah binti Mat Yaakob di atas komitmen, jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam di Jabatan ini.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/