𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗟.𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 20 Mei 2025– Mesyuarat Pengurusan Kaunter PLANMalaysia Perak Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh TPr Hjh Faridahwati binti Mohd Salleh Ketua Bahagian Korporat, PLANMalaysia Perak. Seramai 69 orang warga daripada pelbagai skim perkhidmatan yang merupakan petugas kaunter Jabatan telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Fungsi mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan isu-isu pengurusan kaunter perkhidmatan Jabatan. Pengurusan Kaunter adalah penting bagi memastikan sistem perkhidmatan pelanggan Jabatan mempunyai kualiti yang tinggi dan memenuhi kehendak pelanggan.
Sesi X- Break yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dilakukan oleh petugas kaunter selepas mesyuarat yang bertujuan untuk menyegarkan minda dan tubuh selepas duduk terlalu lama. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesihatan di tempat kerja melalui kempen "Amalan Gaya Hidup Sihat".
Kaunter perkhidmatan yang kondusif dan petugas kaunter yang sihat dan cekap dapat meningkatkan persepsi positif pelanggan khususnya semasa mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh PLANMalaysia Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/