phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

TAKLIMAT PROSEDUR KEBENARAN MERANCANG KERJA KEJURUTERAAN (KERJA TANAH UNTUK PERTANIAN)

TAKLIMAT PROSEDUR KEBENARAN MERANCANG KERJA KEJURUTERAAN (KERJA TANAH UNTUK PERTANIAN) DI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN FOCUS GROUP DISCUSSION GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK KERJA KEJURUTERAAN ( KERJA TANAH UNTUK PERTANIAN DAN PERLADANGAN) NEGERI PERAK
 
Cameron Highlands, 10-11 Januari 2023 - Satu taklimat berkenaan Prosedur KM Kerja Kejuruteraan (Kerja Tanah untuk Pertanian) telah disampaikan oleh TPr. Ahmad Ridzuan bin Abdul Mubin, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, MD Cameron Highlands kepada Delegasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak yang diketuai oleh En. Jabu Anak Dugu, Timbalan Pengarah, JPBD Negeri Perak. Turut serta dalam sesi taklimat ini adalah Jabatan dan Agensi Teknikal Negeri Perak, Wakil dari 15 PBT Negeri Perak dan pasukan perunding yang bertanggungjawab membantu JPBD Negeri Perak menyediakan GPP ini.
 
Dalam taklimatnya, pihak MDCH berkongsi prosedur memproses Permohonan KM Pertanian di Cameron Highlands dan pengalaman dalam melaksanakan prosedur KM Pertanian.
Pada hari kedua, sesi Perbincangan Kumpulan Sasar (Focus Group Discussion) untuk GPP KM Kerja Kejuruteraan (Kerja Tanah untuk Pertanian dan Perladangan) Negeri Perak telah berlangsung dengan dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri dari Jabatan Teknikal, agensi dan pegawai-pegawai PBT Negeri Perak.
 
Sesi FGD kali ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan semua pihak dan seterusnya memuktamadkan GPP ini agar ianya boleh digunapakai di masa akan datang.
 

fbigyttt