phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PERLINDUNGAN (JKP) BILANGAN 1/2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 (𝗝𝗞𝗣) 𝗕𝗜𝗟. 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟱

IPOH, 13 Mei 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan (JKP) Bil. 1/2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Royal Belum, PLANMalaysia Perak yang dipengerusikan oleh TPr Gs. Mohamed Zamri Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat ini diadakan bagi pengurusan keselamatan perlindungan di jabatan kerajaan selaras dengan Arahan Keselamatan. Skop perbincangan merangkumi Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi dalam Persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi serta Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan.

Peningkatan kesedaran dan pematuhan terhadap Dasar Keselamatan Perlindungan bukan sahaja dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini, malah mencerminkan tahap integriti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap dan berkesan.

Selain itu, aspek kesihatan pekerjaan turut dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta kebajikan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan jabatan. Bagi menyokong kesejahteraan mental dan fizikal ahli mesyuarat, aktiviti x-break turut diadakan semasa mesyuarat berlangsung.

#planmalaysiaperak

#PerakSejahtera2030

#kementeriankesihatanmalaysia

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

fbigyttt