Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 13 Mei 2023 sehingga 12 Jun 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor, Perak.
Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Kawasan Khas diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.
Semua dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan cadangan atau bantahan sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 Jun 2024, jam 4.30 petang di lokasi seperti berikut:
i. Galeri Pulau Pangkor
ii. Majlis Perbandaran Manjung
iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak)
iv. Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
Dokumen dan bahan publisiti juga boleh dimuat turun melalui QR Code dan di laman sesawang berikut:
i. Laman web Majlis Perbandaran Manjung
ii. Laman web PLANMalaysia Perak
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/