SESI LIBAT URUS BAGI PENYEDIAAN LAPORAN PEMANTAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040

 
SESI LIBAT URUS BAGI PENYEDIAAN LAPORAN PEMANTAUAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2040
 
KAMPAR, 2-3 April - Sesi Libat Urus bagi Penyediaan Laporan Pemantauan Rancangan Struktur Negeri Perak telah diadakan di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Yang Berusaha TPr Gs. Mohammed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Seramai 65 peserta yang hadir yang mewakili jabatan/agensi di peringkat persekutuan, negeri,Pejabat Daerah & Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak.
 
Tujuan sesi libat urus ini diadakan adalah bagi mendapatkan input dan maklumat berkenaan status pelaksanaan dasar, strategi, inisiatif dan projek yang telah disenaraikan dalam RSN Perak 2040 bermula daripada tarikh pewartaan iaitu 31 Disember 2020 sehingga kini. Hasil input yang diterima daripada setiap agensi dan jabatan akan dianalisis dan seterusnya akan disediakan Laporan Pemantauan RSN 2040.
 
Laporan pemantauan ini seterusnya akan dibentang kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan (JPRP) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Sesi libat urus ini juga diadakan lanjutan daripada surat permohonan maklum balas inisiatif pelaksanaan / projek dan penilaian projek flagship yang telah diedarkan kepada semua agensi/ jabatan pelaksana bertarikh 29 Februari 2024.
 

Cetak   Emel