SESI KUNJUNGAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMalaysia Perak)

 
SESI KUNJUNGAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN (PLANMalaysia Perak)
 
IPOH, 5 Februari 2024 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak ) telah menerima kunjungan dan Sijil Penghargaan bagi projek ‘Improving Connectivity In The Central Forest Spine (CFS) Landscape’ (IC-CFS) 2020 – 2023 daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Penghargaan ini telah disampaikan oleh Dr. Agkillah Maniam selaku Koordinator Projek Improving Connectivity In The Central Forest Spine (CFS) Landscape (IC-CFS) Negeri Perak kepada TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak bagi menghargai komitmen dan kerjasama Jabatan yang terlibat dengan pelaksanaan Projek Improving Connectivity In The Central Forest Spine (CFS) Landscape (IC-CFS) Negeri Perak.
 
Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Jabatan Perhutanan di atas kolaborasi secara bersama di dalam menjayakan kajian berkaitan pengurusan kelestarian hutan di Negeri Perak selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 dan Pelan Perak Sejahtera 2030.
 

Cetak   Emel