PROGRAM PUBLISITI AWAL RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH 2023 (PENGGANTIAN)

Image
31 Oktober 2023 (SELASA), Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) dalam penyediaan RTMDBG 2035 (PENGGANTIAN) bagi menggantikan Rancangan Tempatan sedia ada yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.

 

MDBG sedang menyediakan Draf Terma Rujukan bagi RTMDBG 2035 (PENGGANTIAN) selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.

Satu program Publisiti Awal dan sesi Focus Group Discussion (FGD) akan diadakan pada 31 Oktober 2023 (Selasa) di Dewan Bandaran Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah untuk membuat hebahan kepada pihak berkepentingan berkaitan cadangan penyediaan RT dan mendapatkan maklumbalas awal berhubung isu semasa dan cadangan awal bagi memantapkan asas rujukan. Program publisiti awal dan sesi focus group discussion (FGD) ini akan dihadiri seramai 150 orang yang terdiri daripada jabatan/agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah, Ahli Majlis, Wakil Penduduk/masyarakat serta wakil-wakil persatuan

 

Cetak   Emel