PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN DAERAH LARUT MATANG 2035 (PENGUBAHAN 3)

Image

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan 3), telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula 2 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan selama empat (4) minggu ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035 (Pengubahan 3) tersebut. 

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambah baik dokumen ini sebelum atau pada 31 Mei 2023.

Berikut adalah Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035  untuk semakan dokumen  orang awam:

>> Download Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Larut Matang 2035

>> Download Borang Bantahan Awam 


Cetak   Emel