INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (iDAM)

Image
 
OUTPUT iDAM 4 : PENGLIBATAN AGENSI KEMENTERIAN BERKAITAN KE ARAH NEGARA BERDAYA HUNI SELARAS DENGAN AGENDA KERAJAAN PRIHATIN
Pelaksanaan iDAM akan membentuk jalinan dan kerjasama secara holisitk antara agensi kementerian berkaitan, pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan agenda negara berdaya huni dapat dijayakan bersama selaras dengan Agenda Kerajaan Prihatin.
 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar  dan Desa) sedang dalam penyediaan kerangka Indeks Dayahuni Malaysia (iDAM) yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan sistem penilaian dan pengukuran kesejahteraan dan kemampanan bandar. iDAM bermatlamat sebagai kaedah pengukuran berimpak tinggi yang akan mengukur tahap kesejahteraan penduduk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia.

 Jabatan berbesar hati memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengisi soal selidik awam ini seperti di link berikut;
 
 

Cetak   Emel