PROGRAM PUBLISITI AWAL (RKK) ROYAL BELUM

Image
PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) TAMAN NEGERI ROYAL BELUM, PERAK
.
Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak selaras dengan peruntukan Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal pihak yang berkepentingan.
.
Terdapat dua (2) kaedah yang telah diputuskan bagi menjalankan Program Publisiti Awal bagi Kajian RKK ini iaitu perbincangan kumpulan sasar (FGD) dan hebahan melalui portal rasmi dan media sosial Jabatan/Agensi terlibat. Kaedah publisiti melalui FGD akan dijalankan secara dalam talian pada 12 hingga 14 Julai 2021.
Manakala, hebahan melalui portal rasmi dan media sosial akan bermula pada 12 hingga 23 Julai 2021.
.
Pihak yang berkepentingan dan orang awam dijemput untuk memberikan maklum balas dan cadangan awal melalui soal selidik (google form) yang boleh diakses melalui QR Code disertakan. Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian RKK ini.
.
.

Sumber: Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT)

Pautan:

Pautan Program Publisiti Awal (RKK) Royal Belum


Cetak   Emel