LIMA INISIATIF PERAK TINGKAT KESIAPSIAGAAN CAPAI IMUNITI KELOMPOK

LIMA INISIATIF PERAK TINGKAT KESIAPSIAGAAN CAPAI IMUNITI KELOMPOK DENGAN KADAR SEGERA

Kerajaan Negeri Perak mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan melalui pelaksanaan LIMA INISIATIF dengan memfokuskan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera.

Melalui inisiatif ini, kerajaan negeri menetapkan sasaran 15,000 suntikan harian pada Jun 2021 berbanding purata 8,000 suntikan harian pada bulan Mei dan jika ini dapat dilakukan, fasa kedua program imunisasi dapat diselesaikan segera bagi membolehkan fasa ketiga dimulakan.

Sasaran ini dijangka meningkat menjelang Julai, Ogos dan September memandangkan pada tempoh itu, kerajaan Persekutuan menjangkakan akan menerima lebih banyak bekalan vaksin termasuk 12 juta vaksin Sinovac pada Julai dan 25 juta vaksin Pfizer menjelang suku ketiga tahun ini.

Lima inisiatif yang bakal dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Program Saringan Covid-19 (RTK Antigen)

2. Inisiatif Vaksinasi Pandu Lalu

3. Program Outreach Vaksinasi Covid 19

4. Penyediaan Pengangkutan Kepada Penerima Vaksin

5. Pembelian Vaksin Oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)


Cetak   Emel