𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗣𝗕𝗧) 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 (𝗢𝗦𝗖) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟲
IPOH, 20 Mei 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) Negeri Perak Bil. 2/2026 telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suite, Ipoh Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak dan turut di hadiri oleh Ketua Jabatan Perancang Bandar serta Ketua Unit OSC di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.
Bersempena mesyuarat ini juga telah diadakan dua (2) taklimat berkaitan Projek West Ipoh Span Expressway (WISE) oleh East Cost Road Sdn. Bhd. dan Promo Simposium Perancangan Madani (SIMPONI) 2026 oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.
Mesyuarat ini berperanan sebagai platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk isu-isu di sempadan negeri. Selain menyelaras keperluan perancangan antara negeri dan PBT, mesyuarat ini juga menjadi medium penyaluran sebarang informasi terkini daripada PLANMalaysia Ibu Pejabat dan aspirasi Kerajaan Negeri. Ia demi mendapat persefahaman bersama mengenai aspek perancangan bandar dan desa sekaligus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





