𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗦 𝗜𝗦𝗢 𝟵𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟱 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸)
IPOH, 21–22 Mei 2026 – Sesi Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Tingkat 3, PLANMalaysia Perak.
Sesi audit tersebut telah dikendalikan oleh Ts. Nur Asma binti Abd. Wahab, Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi menilai tahap pematuhan PLANMalaysia Perak terhadap keperluan piawaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Sepanjang pelaksanaan audit, seluruh warga jabatan telah memberikan kerjasama yang amat baik bagi memastikan proses audit berjalan dengan lancar dan teratur.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PLANMalaysia Perak atas kejayaan mengekalkan pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang penemuan Non-Conformity Report (NCR). Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti, melaksanakan penambahbaikan secara berterusan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Syazlina binti Bahari, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Perak semasa sesi pembukaan audit, manakala sesi penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





