𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
IPOH, 18 Mei 2026 – Seramai 85 warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) telah menyertai Kursus Pemerkasaan Integriti dan Antirasuah, disusuli dengan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Program ini berlangsung di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.
Majlis lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Pengarah PLANMalaysia Perak, YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain dan disaksikan secara rasmi oleh Pengarah SPRM Negeri Perak yang baharu iaitu YBrs. KPKPj Tuan Azizul bin Ahmad Sarkawi.
Sebelum acara melafaz ikrar bermula, para peserta telah menghadiri sesi taklimat bertajuk "Integriti, Kesalahan Rasuah dalam Perkhidmatan dan Langkah-Langkah Pencegahan". Taklimat tersebut disampaikan oleh PKPs Tuan Mohd Nor Ezrie bin Ahamad Nordin dari Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak. Antara pengisian utama yang dikongsikan termasuklah:
1. Empat kesalahan utama di bawah Akta SPRM 2009.
2. Tatacara dan salah laku dalam perolehan kerajaan; dan
3. Perkongsian kes-kes sebenar yang pernah berlaku sebagai panduan dan iktibar bersama.
Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bagi memupuk komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus cemerlang. Langkah ini penting demi membina sebuah organisasi yang lebih telus, berakauntabiliti dan sentiasa dipercayai oleh masyarakat.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





