phone blackfeedback blackfaq blacksitemap black
mygov uc

Senarai Berita

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH 2035 (PENGGANTIAN)

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗥𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟯𝟱 (𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡)

BATU GAJAH, 24 Oktober 2025 - Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Pemyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Dearah Batu Gajah 2035 (Penggantian) telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak. Majlis diadakan di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah yang telah dihadiri oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Pengarah UPEN Negeri Perak, YBrs. TPr Gs. Tuan Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, YBrs Tuan Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, YBrs. Dr Chua Ran See, Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah dan YBrs. Puan Amilia binti Muhammad Nor sebagai Pengurus Projek.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membuat hebahan kepada penduduk setempat serta pihak yang berkepentingan tentang dokumen pemajuan agar turut serta dalam membuat perancangan terhadap kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang melalui Borang Penyertaan Awam yang disediakan di Majlis Daerah Batu Gajah, PLANMalaysia Perak dan Pejabat Projek Zon Tengah, PLANMalaysia, Putrajaya. Program ini berlangsung dari 16 Oktober 2025 sehingga 15 November 2025.

Semoga program ini dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk mengetahui hala tuju baharu terhadap pembangunan di Batu Gajah sehingga tahun 2035. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke program publisiti ini dan memberi ulasan serta cadangan bagi mencapai matlamat "Batu Gajah Ke Arah Perbandaran Berdaya Huni, Mesra Pelabur, Mampan Dan Pintar".

#planmalaysiaperak

#pejabatprojekzontengah

#batugajahbandarbertuah

#PerakSejahtera2030

#MalaysiaMadani

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@tiktok_rasmi_pm_perak

fbigyttt