𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗘𝗞𝗦𝗔_𝗙𝗔𝗜𝗟 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗞 𝗕𝗜𝗟.𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟱
IPOH, 13 Oktober 2025 - Audit EKSA_Fail Induk Bil. 2/2025 telah dilaksanakan oleh juruaudit dalaman, Cik Shafa Marzidah binti Abdullah Ayeop dan Pn. Hamizah Hasni binti Mohamed Isa.
Audit ini dijalankan bagi menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di jabatan. Setiap komponen utama EKSA diteliti bagi memastikan pengurusan dokumen, pelaksanaan aktiviti dan inisiatif penambahbaikan terus mencapai tahap cemerlang.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada juruaudit dalaman atas komitmen dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses audit ini. Semoga hasil penemuan audit ini dapat menjadi panduan dalam memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam cemerlang.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





