𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 (𝗥𝗞𝗝) 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞)
PERLIS, 15 Oktober 2025- RKJ 2026 PLANMalaysia Perak telah berlangsung dengan jayanya selama tiga (3) hari di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan di hadiri oleh 24 orang kakitangan Jabatan yang melibatkan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Unit, Penolong Pegawai Kanan, Ketua Pembantu Tadbir dan Urus setia daripada Bahagian Korporat.
RKJ 2026 ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada YBrs. TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak mengenai pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2025 dan hala tuju jabatan tahun 2026
Tujuan Program RKJ ini adalah untuk membentangkan Pencapaian Sasaran Kerja Utama 2025 dan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 yang melibatkan Bahagian-bahagian serta membincangkan pelbagai isu berkaitan perancangan bandar dan pengurusan jabatan kearah pelaksanaan kerja yang dinamik dan berkesan serta menambahbaik sistem perkhidmatan jabatan.
Antara ringkasan hala tuju Jabatan 2026 yang telah dibincangkan adalah :
1. Pemerkasaan Projek/Program Jabatan
2. Inovasi Penambahbaikan Prosedur Kerja melalui Artificial Intelligent (Ai)
3. Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia
4. Pengurusan Media dan Sebaran Produk Jabatan
Semoga keputusan yang telah dibuat dalam Program RKJ dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Jabatan sekaligus menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/
Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/





