Senarai Berita

LUNCHEON TALK : RANG UNDANG-UNDANG PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR (RUU PSB) : MEMBELA PEMILIK ATAU MEMBELA PEMAJU BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—›๐—˜๐—ข๐—ก ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š-๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ (๐—ฅ๐—จ๐—จ ๐—ฃ๐—ฆ๐—•) : ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” (๐—›๐—ฃ๐—•๐—ฆ) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

IPOH, 4 September 2025 โ€“ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak) bersama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUBA), PLANMalaysia Perak telah menganjurkan Program Luncheon Talk bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak dengan tema โ€œPembaharuan Semula Bandar : Agenda Perancangan Untuk Rakyatโ€.

Program Luncheon Talk ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar, memahami impak perundangan terhadap pembangunan semula kawasan bandar, meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan serta menjadi wadah perbincangan antara pakar perancang bandar, pembuat dasar, pemilik tanah dan pemaju.

Luncheon Talk berkaitan "Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) : Membela Pemilik atau Membela Pemaju" telah disampaikan oleh TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan dari PLANMalaysia.

Turut hadir adalah TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak, En. Mohammad Faizal bin Abd Hamid YDP KESUBA, PLANMalaysia Perak dan seramai 110 peserta daripada pelbagai peringkat iaitu agensi kerajaan sama ada peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah, Pihakberkuasa Tempatan, pemaju hartanah, perunding profesional, para pelajar dan orang awam.

Setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian semua meluangkan masa mendengar perkongsian taklimat dan memberi pandangan khususnya berkaitan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB).

Semoga agenda perancangan bandar untuk rakyat menyokong kemampanan Negeri Perak selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.

PLANMalaysia

Majlis Daerah Kampar

Saarani Mohamad

Sandrea Ng

#ruupsb

#planmalaysiaperak

#PerakSejahtera2030

#kesuba

#kelabsukanmdkampar

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak

Instagram: https://www.instagram.com/planmalaysia_perak/

Laman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@planmalaysiaperak

fbigyttt