MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN (JSTP) DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) TAMAN NEGERI ROYAL BELUM

 
GERIK, 18 September 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JSTP) bagi Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Taman Negeri Royal Belum, Perak telah diadakan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menimbangkan bantahan dan representasi serta membuat pengesyoran terhadap 80 borang bantahan yang telah diterima oleh PLANMalaysia Perak lanjutan daripada Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang telah diadakan pada 1 Mei hingga 14 Jun 2023. Seramai empat (4) pembantah telah hadir pada sesi pendengaran yang mewakili individu, persatuan dan jabatan.
 
Mesyuarat telah membuat pengesyoran ke atas semua bantahan dan mengambilkira cadangan penambahbaikan yang relevan bagi memastikan visi perancangan pemuliharaan Taman Negeri Royal Belum iaitu “Memulihara Integriti dan Kelestarian Taman Negeri Royal Belum untuk Keharmonian Alam dan Manusia” dapat direalisasikan.
 
Semoga usaha murni yang dijalankan secara bersama dengan pihak pemegang taruh untuk memulihara dan mengekalkan warisan semulajadi ini boleh dinikmati oleh generasi masa hadapan.
 

Cetak   Emel